Sunday 23 June 2013

Solat Sunat Tahajjud.

Assalamualaikum :')

tasnim rasa tergerak hati sangat nak buat Solat Sunnat Tahajjud. ye tasnim nak dekat kan diri dengan Allah. tasnim nak dapat ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. dah jauh sangat rasa diri tasnim dengan Allah. Astaghfirullahalazim. kesibukan dunia hari ini membatasi amalan akhirat.


Ya Allah, cekalkan lah hati ini dalam menghadapi cabaran dan dugaan Mu Ya Allah:'(

Solat Tahajjud ni tiada had rakaat nya, ikut kemampuan kita lah. dengan setiap dua rakaat satu malam. kalau berat, cukup lah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda ; "Amalan yang di sukai Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit."

cara solat :-

1.  sebelum solat, baca doa ni dulu.


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada Mu akan Rahmat Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.   Niat

(Usolli sunnata tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.  Bacaan surah lepas Al-fatihah :

a)    Rakaat pertama:   Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:     Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau ;

b)    Rakaat pertama:   Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:     Surah Al-Ikhlas

Atau ;

c)     10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
*sudah tentu tasnim pilih (a)

4.   Lepas baca tasbih pada sujud ke dua dalam rakaat terakhir, baca doa ini :


5.   Selesai salam Solat Tahajjud, baca doa ini yang pernah di baca oleh Rasulullah SAW.


6. Akhir sekali, sambung baca Doa Solat Sunnat Tahajjud.


maksudnya : Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan Pemelihara seluruh alam.

Ini kelebihan Solat Sunnat Tahajjud :-
.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Rasulullah SAW Bersabda : “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”  (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

p/s : semoga kita sebagai seorang hamba bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah SWT.

terima kasih sudi baca. :')

7 comments:

  1. dah lama xbuat sunat tahajjut huhu :(
    tq sbb tlg igtkn saye

    ReplyDelete
  2. Solat sunat tahajjud byk ganjaran pahala nyaa . Subhanallah . Thanks for sharing . Nice entry . :)

    ReplyDelete
  3. alahaiiii.... betoi le.... kesibukan dunia buatkan kite berat mengejo akhirat..... apepun terima kasih ateh perkongsian berguna ni....

    ReplyDelete
  4. nice nice ! semoga akak beroleh manfaat melalui post nie. sangat2 berguna

    ReplyDelete