Thursday, 27 June 2013

Dah Mengalir Naluri seorang Ibu.

Assalamualaikum. :')

manusia akan berubah-ubah. macam omputeh selalu sebut "people always change". kalau dulu suka pink, dah tua bangka suka pulak warna warna orang tua, kelabu asap. dulu suka makan cekelat, dah meningkat umur, layan pulak lempeng. minat pun nak serasi dengan usia. kan?
dulu suka Leman, sekarang suka Anuar. dan sekarang, ada satu benda yang berubah dalam diri tasnim. hidup tasnim. jelas. siyes tak tipu siap buat muka ketat.



tasnim dapat rasa hormon mak mak dah mengalir kemain mengada laju ke dalam jasmani rohani tasnim. kalau dulu, mak pernah cakap "nak adik dak??" terus sentap "tak mau! menyemak!". hampa tak rasa menyemak rumah ka malam malam asyik terpekik? cekup dengan sarung bantal kang.

berdasarkan perenggan di atas, ia adalah antara satu contoh sifat "tak sedar diri hang sendiri pernah terpekik dan nangis tak hengat waktu" sekian. terima kasih. 

bagi tasnim dulu, bayi adalah makhluk yang tak la secomel mana pu. Tasnim lagi comel -..-' kembang lobang hedong hakuh.

tapi sekarang, bila dah meningkat awal dewasa, kalau tengok baby , rasa sejuk tak ketahuan hala perut lepas makan laksa ni. tenang jiwa raga. tenangnya tengok baby tidur, tuhan saja yang tahu.  

demm. terus emo, larik larik cari Fahrin Ahmad ajak kawen.  

ni lah makhluk choomel, Marissa Rishla. comel je dia tidur. tish tish Rissa patratusbelasnampuluhtigamepat kali 


Ahad lepas lepas, tasnim  melawat anak Kak Long (kakak ipar isteri abang).  Seminggu lebih dah anak beliau. tapi baru ni saja ada peluang, tu pun sebab tasnim g rumah abang.

kata Kak Long, si kembar hari tu tak nak tidur, tapi bila dengan tasnim, asal tasnim dukung je, kemain senang pulak dia tidur. terharu siot. tengok si kembar asyik nak tidur dengan tasnim. leleh ingus tau. 

okey, itu je pasal si kembar. -.-' bawah bawah ni pasal anak buah tasnim. ^^

Tengok, asal tasnim dukung je. .  Rissa terus diulik mimpi super-indah. huh. lepas ni sape tak boleh tidur, tolong contact tasnim, nanti tasnim dukung. tenang nya tasnim tengok Rissa ni tidur. teringin nak ada baby sendiri. bau masyam masyam baby. 

hye, name shayew Mawissa Wishla yaw! -.-'

mempersembahkan! Parut Jerawat berketul ketul! 

sepanjang di rumah Abang, tasnim memang mengaplikasikan sifat tamak haloba. tak nak kasi Rissa kat sapa sapa pun. tasnim je dukung. kak Ayu pun sempat dukung 14saat je. lepas tu, tasnim  ambik balik. sampai muak dak Rissa ni, muntah muntah dia dengan tasnim.

sampai hati Rissa. habis madu, muntah di buang . sroot sroot. sedut hingus. nasib muntah baby bau Ambi Pur. 

kiranya, lepas balik tu, muhasabah diri sendiri. fikir fikir, memang rasa dah layak dah nak jadi ibu orang. wuu T_T tolong lah Fahrin Ahmad minang tasnim. tasnim dah bersedia ni. sobbsobb. tak dapat Fahrin Ahmad,  Zayn Malik  pun jadi lah.

tapi fikir fikir balik, bukan senang jaga baby, tengah malam terpaksa bangun, nak sumbat susu. kena cukupkan diri dengan ilmu supaya dapat berikan didikan terbaik untuk anak anak. kena sedia macam dari mental juga. cabaran. kerana :

anak anak adalah rezeki dari ALLAH untuk sebuah rumahtangga. disebalik rezeki, ALLAH letakkan ujian sebagai pengukur iman. orang yang kuat imannya akan bersabar dengan ujian dari Maha Kuasa.


p/s : ada ciri ciri jadi ibu tak? hikhik. cepat cakap ada!!

Terima kasih sudi baca ^^

1 comment:

  1. hamboi ! kemain akak eyh hehehe mata baby tuu comel giler >< flying kiss sikit ! :*

    ReplyDelete